Berita Terkini

Latar Belakang

LATAR BELAKANG PLGDP ZON UTARA:

Mesyuarat Jawatan Kuasa Tindakan Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 4/2007 pada 12 Jun 2007 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM telah mencadangkan Kuarters Guru (KIP) yang tidak digunakan untuk dijadikan sebagai Pusat Latihan Guru. Sehubungan itu, beberapa siri lawatan dan perbincangan diadakan di antara pihak BPG, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang menguruskan KIP berkenaan, bagi mencari kaedah pemgambilalihan KIP yang dikenalpasti.

KIP SMK Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah yang mula dibina sejak tahun 2003 telah siap sepenuhnya pada tahun 2006 dan mula digunakan sebagai kuarters guru. Sehingga 16 September 2008, telah diadakan Majlis Penyerahan Rasmi KIP SMK Sungai Karangan daripada JPN Kedah kepada BPG yang seterusnya ditukar nama kepada Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah. Pengurusan dan pentadbiran PLGDP ini telah ditadbir di bawah seliaan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) Sungai Petani, Kedah. Fokus utama pengoperasiannya ialah sebagai premis latihan khusus untuk melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Latihan Pembangunan Staf (LPS) yang melibatkan guru-guru dalam perkhidmatan, pensyarah, pentadbir dan staf di bawah anjuran KPM, BPG, IPG, JPN dan PPD.

Seterusnya, PLGDP Sungai Karangan telah dibuat pengubahsuaian dan dinaiktaraf agar dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap sebagai premis latihan sejak tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada tahun 2010. Tahun 2010 dan 2011, pengoperasian latihan dan kursus di PLGDP berjalan sepenuhnya di bawah pengurusan IPGKSAH. Bermula tarikh 1 Januari 2012, dengan rasminya BPG telah mengambilalih sepenuhnya pengurusan dan pentadbiran PLGDP Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.