Berita Terkini

Pengajaran dan Pembelajaran

1) Bilik Kuliah Dan Dewan Serbaguna Berhawa Dingin


Terdapat  2 buah bilik kuliah berkapasiti 60 orang peserta setiap satu. Dewan serbaguna boleh memuatkan sehingga 100 peserta . Terdapat juga 5 buah bilik kuliah yang berkapasiti 30 orang peserta. Antara kemudahan yang disediakan di setiap bilik kuliah /dewan serbaguna adalah:


  • Kerusi banquet & Meja banquet (berlipat)
  • “Flip chart” (bilik kuliah berkapasiti 60 peserta dan dewan serbaguna)
  • Papan putih (“white board”) & “LCD Projector” mudah alih.
  • Sistem siaraya (bilik kuliah berkapasiti 60 peserta)
  • Rostrum dengan sistem siaraya “build in” (dewan serbaguna)




2) Makmal Komputer Dan Makmal Bahasa Dengan Kemudahan            “Smart Board”


Terdapat sebuah makmal komputer berkapasiti 30 orang peserta dan sebuah makmal bahasa dengan kemudahan “smart board berkapasiti 25 orang peserta. 

 


3) Bilik  Mesyuarat

Terdapat sebuah bilik mesyuarat berkapasiti 25 orang peserta. Antara kemudahan yang disediakan di bilik mesyuarat ini adalah :
  • Meja mesyuarat dan kerusi jenis “arm chair”
  • LCD projector
  • Rostrum dengan sistem siaraya “build in”
  • Peti ais.