Berita Terkini

Peraturan Penggunaan

PERATURAN PENGGUNAAN PLGDP:

1.      Pelawat/ Penghuni/Peserta tidak berdaftar adalah tidak dibenarkan berada di dalam premis PLGDP
2.    Sila gunakan peralatan dan perabot dengan berhemah tanpa merosakan dan di simpan/diletakan di tempat asalnya apabila daftar keluar/ “check-out “.
3.      Penghuni tidak di benarkan merokok di mana-mana kawasan dalam premis, residensi, bilik-bilik khas dan di bilik tidur (yang berkenaan). Risiko kebakaran / kekotoran terhadap langsir, tilam dan perabot adalah tanggungjawab penghuni berkenaan. Denda atau tindakan tuntutan ganti rugi akan dikenakan sekiranya berlaku sebarang kemusnahan atau kehilangan alatan PLGDP.
4.        Penggunaan lingkaran ubat nyamuk adalah DILARANG / tidak dibenarkan.
5.       Barang-barang berharga milik peribadi hendaklah disimpan di tempat yang selamat. Sebarang kehilangan adalah tanggungjawab sendiri dan pihak PLGDP tidak akan terlibat dengan segala tuntutan.
6.        Sebarang jenis minuman keras dan perjudian adalah DILARANG sama sekali.
7.      Amalkan sifat berjimat cermat terhadap penggunaan elektrik dan air. Pastikan suis dimatikan dan paip air ditutup semasa keluar dari residensi / bilik-bilik khas dalam premis
8.      DILARANG membuang sebarang objek di dalam mangkuk tandas dan sinki agar tidaktersumbat. Laporkan kepada Urus Setia/ Penyelia/ Pegawai bertugas sekiranya berlaku apa-apa kerosakan di dalam residensi.
9.       Sila sidai pakaian di ampaian yang disediakan (bilik air) sahaja. Dilarang menyidai di luar kediaman agar tidak mewujudkan pandangan yang boleh menjejaskan imej PLGDP
10.    Lampu di dalam kereta mesti di pasang sewaktu peserta keluar / masuk pada waktu malam
11.    Utamakan kebersihan, kekemasan dan keselamatan sepanjang berada di PLGDP ini. Jadikan ia satu amalan dan tanggungjawab bersama. Pastikan kasut di simpan dengan tersusun di rak yang disediakan. Jangan biarkan ianya bersepah.
12.      Pastikan peserta berada di dalam kawasan PLGDP sebelum pukul 11.00 malam
13.   Peralatan penginapan yang disediakan seperti kunci, hendaklah dikembalikan ke pejabat semasa daftar keluar/ “check-out”. Sebarang kehilangan dan kerosakan akan dikenakan bayaran ganti rugi


Kerjasama Penghuni / Peserta mematuhi peraturan penggunaan setiap ruang dan alatan di premis PLGDP amat dihargai dan di ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.